Pertamanya, kita menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan pada hari ini beberapa hari selepas kita mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 di negeri Terengganu.
Sesungguhnya kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama dan kemenangan seluruh rakyat negeri Terengganu serta kita juga menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa.
Mereka berada di bumi yang berkonflik dan mereka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan-tuan dan seluruh rakyat negeri Terengganu yang melakukan perubahan dalam PRU ke 14 ini.
Ucapan tahniah mereka adalah suatu pengharapan bahawa apa yang ingin kita capai di negeri Terengganu ini adalah untuk menjadi contoh tauladan kepada rakan-rakan kita yang lain bagaimana kita ingin mengisi kemenangan setelah kita berjaya dalam PRU ke- 14.
Kemenangan kita dalam PRU ke-14 di negeri Terengganu ini khususnya adalah hanya langkah pertama dalam pergerakan kita. Langkah yang lebih berat dan lebih besar ialah mengisi kemenangan.
Bagaimana kemenangan yang diberikan anugerahnya oleh Allah SWT ini kita harus meletakkan strategi dan cara serta kaedah bagaimana kemenangan ini perlu disini sesuai dengan amanah dan perintah daripada Allah SWT serta ajarannya dibawa oleh nabi SAW.


Semua di antara kami yang dipilih sebagai pemimpin kerajaan negeri Terengganu memerlukan bimbingan daripada tuan- tuan sekiranya kami benar kami betul maka ikutilah kami.
Sekiranya kami salah maka tegurlah dan bantulah serta bimbinglah kami kerana matlamat kita ialah ingin mencapai ‘Mardhatillah’ dan matlamat kita ialah kita ingin bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan kita redha kepada Allah dan Allah redha dengan kita.
Saya sendiri datang sepertimana tuan-tuan juga, orang kampung tak pernah terfikir untuk diberikan amanah yang tersangat berat.saya seperti tuan- tuan satu masa dahulu panjat pokok tampal poster,saya seperti tuan-tuan duduk di belakang tempat program, kacau air buat tea untuk kepimpinan yang bermesyuarat.
saya pernah menjadi setiausaha cawangan di negeri yang Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak kuat, sebab itu akhirnya bimbingan dan panduan daripada tuan-tuan semua adalah sangat diperlukan oleh kami yang dipilih menerajui kerajaan negeri Terengganu.
Ada beberapa perkara yang ingin kita laksanakan selain daripada kita akan mencari jalan dengan sesungguhnya bagaimana untuk melaksanakan manifesto PAS negeri Terengganu yang kita rangkakan kerana semuanya ada jalan dan ada jalan serta boleh dicapai sekiranya semua di antara kita ini bekerja bersama-sama untuk menjayakan manifesto yang telah dirangkakan diperingkat negeri Terengganu.
Khususnya yag pertama kita ingin membina hidup rakyat dengan membangun jati diri keimanan dan pemimpin serta rakyat melalui pendekatan kehidupan mengamalkan agama dalam kehidupan kita.
Yang kedua kita ingin melaksanakan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu khususnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik, latar belakang mereka, kecil besar tua atau muda berkonsepkan adil untuk semua.
Yang ketiga kita ingin mencari jalan penyelesaian di atas kelemahan salah urus pentadbiran kerajaan yang lalu.


Yang ke lima kita ingin membawa negeri Terengganu yang kita kasihi ini Terengganu Darul Iman sebagai negeri model yang bersih, maju dan berkat serta sejahtera dan yang khususnya saya ingin sebut di sini kita akan terus memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara muwajahah silmiyah , pendekatan secara berunding untuk mendapat kembali royalti minyak negeri Terengganu.
Dan juga mendapatkan hasil daripada telaga minyak Bertam yang telah dihilangkan yang telah ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri.
Akhirnya, saya ingin ucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada semua jentera, ahli, penyokong dan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan melakukan perubahan di negeri Terengganu dan kita mohon semuanya diberikan keberkatan dan panduan oleh Allah SWT.
Masjid Rusila
Jumaat 11 Mei 2018




























