Ucapan Dasar Presiden Satu Gagasan Mantap

2002

Oleh KAM

ALOR SETAR – Ucapan dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-63 itu disifatkan satu gagasan yang cukup mantap dalam konteks halatuju politik Malaysia.

Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub berkata ucapan dasar presiden itu cukup jelas dalam memberi kedudukan posisi politik PAS.

Sekaligus, katanya melakar banyak perkara dalam persoalan halatuju Negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menurutnya, meski pun tidak secara ‘detail’ tetapi ucapan itu menjadi satu gagasan yang cukup mantap dalam konteks membawa halatuju politik Malaysia.

“Pada hemat saya, ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kali ini cukup jelas, memberikan kedudukan posisi politik yang unit kepada PAS dan melakarkan banyak perkara dalam persoalan halatuju negara menjelang PRU14.

“Juga melakarkan persoalan-persoalan penting pembangunan negara yang perlu dilakukan dalam soal ekonomi, soal politik dan hubungan antarabangsa.

“Satu ‘bleuprint’ yang cukup menyeluruh yang telah beliau bentangkan. Walau pun tidak secara detail tetapi satu gagasan yang cukup mantap dalam konteks membawa halatuju politik Malaysia, ke arah yang lebih sejahtera, matang dan berwibawa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangannya mengenai ucapa dasar presiden bertemakan “Sejahtera Bersama Islam” di Dewan Dato’ Haji Fadzil Noor, Kota Sarang Semut, Kedah, pada Sabtu 29 April

Mustaffa Kamil yang juga mantan Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) berkata ketegasan PAS dalam menegur isu-isu penyelewengan, rasuah, 1MDB yang dilakukan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) cukup menyakinkan.
Malah, katanya kebimbangan PAS itu cukup jelas dalam membela rakyat di desa dan di bandar.

“Ini satu ucapan yang cukup memberangsangkan. Teguran kepada hal-hal penyelewengan, rasuah, soal 1MDB dan pelbagai isu negara yang lain dengan tegas telah diungkapkan.

“Dan ini, jelas mematikan hujah kononnya PAS tidak peka dengan penyelewengan rejim (Umno-BN) yang ada pada hari ini tidak benar.

“Kebimbangan PAS dan Tuan Guru Haji Hadi sangat jelas untuk membela rakyat sama ada di desa mahu pun di bandar. Semua segmen masyarakat disantuni dengan sebaik mungkin.

“Good Governance yang beliau ungkapkan, pentadbiran baik itu berdasarkan kepada good governance yang dibawa Rasulullah SAW, dalam konteks urus tadbir berdasarkan Islam,” jelasnya.

Menurutnya, penegasan PAS mengenai sebuah pentadbiran negara yang baik sebagai jaminan persediaan parti itu jika diberi mandat pada PRU14 akan datang.