GANTI beroleh maklumat Stadium Sultan akan digunakan untuk perlawanan pada 16hb. Mei 2015. Untuk itu satu majlis solat hajat akan dibuat di stadium pada 30hb April ini.


Projek ini walaupun bermanfaat sudah terlalu banyak merugikan wang rakyat ekoran kegagalan Kerajaan Terengganu menguruskan dengan baik.
GANTI mendapat maklumat hanya sebahagian sahaja tempat duduk akan dibuka. Iaitu di bahagian bawah SAHAJA utk memuatkan 25 ribu penonton.


Apa masalahnya dengan struktur yang atas? Pengunjung akan terfikir mengapa mereka tidak boleh memilih tempat duduk yang begitu banyak masih kosong di ruang atas?
GANTI berasa rakyat berhak tahu apakah kesimpulan laporan pihak forensik berkenaan integriti struktur asal Stadium Sultan Mizan setelah 2 kali kejadian runtuh yang lalu.
Pihak manakah yg memberi pengesahan keadaan integriti struktur asal hingga persetujuan diberi untuk membenarkan bahagian tempat penonton yang akan dibuka kepada orang ramai?
Setakat ini GANTI menerima banyak maklumbalas persepsi khalayak yang meragui keselamatan struktur berdasarkan kesan rekahan di merata rata tempat pada bangunan berkenaan.


1) Laporan forensik yg tidak diketahui penemuan penemuannya.
2) Agensi yg akan mengesahkan integriti struktur asal.
Setakat ini hanya exco infrastruktur YB Ir. Rosli yg bersuara berkenaan perkara ini.
Rakyat akan lebih yakin jika ada kenyataan pengesahan dari badan teknikal yang berautoriti.
HJ. AHMAD AMZAD BIN HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)




























