Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Tun Mahathir Pembelit

http://www.buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/idris-ahmad.jpg

Sedangkan PAS sentiasa memerangi syaitan dan mereka yang mengaku dirinya syaitan. Kerana ini adalah ajaran Islam yang menyuruh supaya sentiasa membaca Auzubillah minassyaitanirrajim.
.
Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali. Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun. Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut. Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.

Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik. Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat. Ini yang menyebabkan Datuk Seri Najib mesti ikut apa kemahuannya dan tidak berani menyanggah apa yang beliau kata, takut banyak pula fail-fail beliau timbulkan.  Setakat hari ini yang berani sanggah beliau pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat sahaja.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan