Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada peninju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron, yang mencatat sejarah apabila memenangi tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia, di Johor Bahru malam tadi.
DPPM begitu teruja dengan kejayaan ini, yang merupakan kemenangan bagi kategori ‘light heavyweight’ selepas Muhammad Farkhan menewaskan peninju Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba, dengan pukulan TKO, pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2017.
DPPM juga melahirkan rasa bangga terhadap Muhammad Farkhan yang selain memenangi perlawanan di tempat sendiri, kejayaan ini juga menjadikan Muhammad Farkhan satu-satunya peninju negara memenangi dua tali pinggang bagi dua kategori kelas berbeza iaitu ‘cruiserweight’ dan ‘light heavyweight’ WBC.
DPPM mengharapkan kejayaan beliau ini dapat diteruskan pada masa akan datang, dengan kejayaan untuk mencapai kejuaraan utama WBC peringkat antarabangsa.
DPPM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Muhammad Farkhan untuk menjadi juara dunia WBC suatu hari nanti.
Sekian.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua DPPM.
(Pengarah Jabatan Kesenian, Budaya & Sukan (DACS))











