Tugas Guru Pasti Bukan Sekadar Mendidik

9170

Oleh : zulshawal

DUNGUN – Guru PASTI diseru menjadi petugas parti dalam merealisasikan kemenangan PAS pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz berkata, guru PASTI bukan sahaja mendidik produk awal parti, tetapi harus menjadi ikon kepada parti.

“Perjalanan PASTI dijanakan oleh sumbangan daripada rakyat, maka para guru harus menjadi bukan hanya sekadar penyokong tetapa sebagai pendokong parti.

“Para guru yang saban hari berhadapan dengan masyarakat seharus mengambil peluang untuk berkempen setiap hari, bukan hanya menunggu tempoh PRU sahaja,”tegasnya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru PASTI peringkat Kawasan ini.

IMG-20160520-WA0101Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cikgu Hj Alias Harun berkata, para guru pasti mesti mengikuti semua program anjuran Muslimah kawasan walaupun Jabatan PASTI dibawah selian Pemuda Kawasan.

Ini kerana katanya, gerak kerja muslimah lebih kepada menjayakan agenda parti.

“Guru-guru perlu mengambil peluang dan seharusnya bersama dengan Muslimah. Tenaga dan kepandaian guru semua amat diperlukan oleh parti dalam menyantuni hati masyarakat,” Ujarnya.

Tambah beliau, dengan bertemakan ‘Guru Istiqamah Menuju Kemenangan’ sambutan Hari Guru PASTI 2016, para guru memang mempunyai tahap istiqamah yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun sebaliknya, dalam mengzahirkan kemenangan tersebut, guru perlu menjadi tenaga utama dalam menjalankan gerak kerja parti.

Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Dungun 2016 kali ini diadakan di Restoran Haji Syarif yang terletak di Jalan Baru Pak Sabah, Dungun. Seramai lebih 120 orang guru PASTI diraiankan dalam majlis tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Jawatankuasa Muslimat Hajah Rugayah Mahmod.