NGO Kemanusiaan Medis, Hilal Ahmar, mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu yang berkongsi rasa ‘kesusahan’ bersama penduduk Wlayah Banten, Indonesia Barat yang dibadai Tsunami.
Pengerusinya Ustaz AbdusSomad berkata, semoga sumbangan tersebut membawa manfaat kepada NGO beliau dan penduduk yang terjejas.
“Kami ucapkan kepada khussunya NGO Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) mewakili rakyat Malaysia yang turut serta membantu korban Tsunami yang terjadi di wilayah Pantai Selat Sunda,
“Dan hari ini kami menerima bantuan dari teman-teman KAMI dan ucapan terima kasih atas semua bantuan yang diberikan daripada rakyat Malaysia melalui KAMI,” ujarnya.
“di mana hari ini kami di (daerah) Banten kami membawa doktor, perawat dan juga ubat-ubatan berikutnya dari satu tempat ke satu tempat yang lainnya untuk memberikan layanan medik kepada korban bencana Tsunami,
“Dan kerja-kerja lainnya kami membawa bantua keperluan dan sebagainya di tempat-tempat bencana yang terdiri di Indonesia,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kahadiran KAMI di kawasan terbabit dalam Misi Liputan Dan Bantuan Kemanusiaan Sunda pada 3hb. hingga 6hb Jun lalu.
Sehubungan itu, Bendahari KAMI, Nazmi Ghazali yang menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak Rp8, 000, 000 kepada NGO terbabit berkata, kejadian Tsunami yang berlaku pada kali ini adalah agak berbeza.
“namun begitu kesan Tsunami tetap sama, walaupun lebih kecil berbanding dengan berlaku di Palu, Sulawesi,” katanya.
Antara kawasan yang paling teruk, kata beliau, di sebelah Pulau Jawa ialah Kampung Sumur di daerah Pandeglang, Banten, Indonesia Barat.
Disebelah Pulau Sumatera, menurut beliau, kawasan Lampung adalah paling teruk dibadai Tsunami itu.
Katanya, ia merupakan kali pertama beliau menyertai satu Misi ke kawasan yang ditimpa bencana.
“Misi bersama KAMI kali ini walaupun singkat, tetapi berjaya mencapai objektif membuat tinjauan dan menghantar sedikit bantuan,
“ini Misi pertama saya, apatah lagi dengan ‘orang media’ sebagaimana yang saya fikirkan, mereka berjaya membawa berita dari kawasan bencana walau dalam waktu Misi yang singkat,” katanya.