Treler ‘Negara Berkebajikan PAS’ Akan Jelajah Terengganu Pada 14, 15, 16 dan 17 Mac

1225
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/treler1.jpg

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Syukairi Wan Abdullah, treler tersebut akan sampai di kawasan Kemaman pada 14 Mac dan membuat persinggahan di dua lokasi pada ebelah siangnya.

Selepas itu ia akan bergerak ke kawasan Dungun untuk program ceramah di sebelah malam.

“pada hari Khamis, 14hb Mac di Kemaman, dua tempat waktu siang dan bergerak ke kawasan Dungun untuk ceramah pada sebelah malamnya, kemudian ia akan begerak ke kawasan Kuala Terengganu pada 15hb Mac,

“berada di dua lokasi pada sebelah siang dan akan meneruskan jelajah ke satu lokasi bagi ceramah malam di kawasan Marang,”ujarnya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/treler2.jpgBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Lujnah Penerangan PAS Negeri Terengganu, semalam pada Jumaat 1 Mac, di Kuala Ibai, dekat sini.

Kemudian katanya, treler tersebut akan bergerak pada hari Sabtu 16hb Mac ke kawasan Kuala Nerus dan berada di dua lokasi pada waktu siang, sebelum ke kawasan Hulu Terengganu untuk program ceramah di waktu malam.

Manakala, pada hari Ahad 17hb Mac treler ‘Negara Berkebajikan’ itu akan berada di dua lokasi di kawasan Setiu dan pada sebelah malamnya berada di kawasan Besut .

“Program akan bermula dengan pembahagian risalah manifesto kepada orang ramai pada waktu selepas solat asar di tempat yg ditentukan oleh PAS kawasan terbabit dan sebelah malamnya akan mengadakan ceramah Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat pada sebelah malam

“penceramah adalah terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz satiful Bahri Mamat, Timbalah Pesuruhjaya 2, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Timbalan Pesurhjaya 3, YB Dr Alias Razak,”tambahnya.