Tingkatkan Jihad Dengan Tarbiyah Dan Dakwah Di Bulan Ramadan

1829

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengajak semua orang muda menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak dengan bertekad meningkatkan jihad, dengan tarbiyah dan dan dakwah.

Ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, para pemuda Islam mestilah mengambil peluang menjadikan Ramadhan sebagai bulan beramal ibadah, melaksanakan kerja-kerja rutin pada siang hari dan tidak menurut ‘hawa nafsu’ kepemudaan serta melakukan maksiat kepada Allah.

“puasa satu kewajipan (yang mesti dilaksanakan) dan melakukan maksiat itu dari sudut kalangan (dosa) yang lain,

“jadi sebenarnya kita bimbang puasa yang diwajibkan oleh Allah itu menjadi sia-sia, tidak diberi pahalnya lantaran kita buat perkara (dosa) yang lain yang memberi kesan kepada puasa itu,” jelas beliau.

Oleh itu, beliau menyarankan agar, orang muda mengurangkan masa terluang dengan leka melayari aplikasi yang kurang membawa manfaat dalam ‘telefon pintar’ masing-masing.

Beliau berkata demikian pada program temubual santai ‘Ramadan Dan Orang Muda’ di studio HARAP TV di sini semalam, Selasa 23 Mei.

Justeru itu, Ustaz Kamaruzaman menganjurkan agar bulan Ramadan yang penuh berkat itu dipenuhi dengan cara terbaik, merujuk kepada laman-laman sesawang yang memberikan maklumat tentang ibadah.

Beliau juga memberi panduan agar para pemuda memperbanyakkan bacaan dan mendengar ayat-ayat al-Quran melalui ‘android’ dan telefon masing-masing.

“ada laman-laman ‘web’ yang menceritakan tentang bagaimana ibadat yang perlu dilakukan pada Ramadan al-Mubarak,

“kena memperbanyakkan…….gunakan ‘android’ untuk membaca al-Quran……kalau sekiranya tak nak baca pun, dia ada (aplikasi) ‘MP4’ yang kita boleh ‘download’ (bacaan al-Quran) dan kita boleh dengar atapun ‘tadabbur’, in shaa Allah,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan menganjurkan program Perasmian dan Pelancaran Bulan Tarbiyah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Katanya, program tersebut akan diaadakan di Padang Bola Batu Enam Kuala Nerus pada hari Khamis malam Jumaat, 25 Mei bersama Ustaz Azhar Idrus.

“kita akan adakan perasmian Bulan Tarbiyah ‘Santai Diambang Ramadan’ pada hari Khamis jam 9.30 malam Jumaat di Batu Enam, bersama Ustaz Azhar Idrus dan,

“yang keduanya santai bersama Ustaz Azhar juga di ambang Ramadan betul, pada hari Jumaat petang, berhampiran jambatan Kuala Berang,” ujarnya.