Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian dalam satu kenyataanya semalam.
“Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat. Sebagaimana firman Allah SWT ‘Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan”.( Assof 61:2),”tegasnya.
(Gambar kiri – Amalan ‘ancak’ tiang seri, khurafat yang masih diamalkan oleh pemimpin Umno) Beliau berkata demikian dalam mengulas ucapan Najib ketika beliau merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka.
Menurutnya, Najib dengan ‘nada’ sinis mengatakan, usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan “Membangun Bersama Islam” semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.
Oleh itu, Ustaz Idris berkata, PAS ingin memperingatkan Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan “Membangun Bersama Islam” PAS boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan.
“Dengan sloga itulah PAS memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu, walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno Umno kepada kerajaan rakyat yang sah. PAS boleh buktikan banyak perkara yang PAS lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam,”jelasnya.|
Ustaz Idris turut mendakwa, tindakan kerajaan PAS berdasarkan slogan terbabit kemudiannya telah ditiru pula oleh kerajaan pusat.
Sebagai contoh katanya, amalan yang teloah diciplak oleh kerajaan pusat adalah, pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cuti dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam.
“Tindakan kerajaan pusat pimpinan Umno meniru amalan kerajaan PAS menunjukkan slogan yang PAS gunakan seiring dengan amalan,”katanya lagi.
Justeru, PAS mengharapkan Datuk Seri Najib boleh memulakan kehidupan dan amalan yang serasi dengan kehendak Islam sesuai dengan ucapan beliau yang mengatakan tidak cukup dengan slogan sahaja.
“Tinggalkan sikap pragmatis yang mengikut suasana dan tidak mengikut prinsip agama. Jangan sewaktu merasmi masjid bicara hal agama dan mengajak pendengar ikut suruhan agama, dalam masa meraikan festival fesyen Islam di Monti Carlo, Islam yang diucapkan entah ke mana,”tegasnya lagi.
Mnurutnya, pendekatan seperti itu mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam.