KAHERAH – Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan terbunuh dan puluhan yang lain cedera di ibu negara Mesir, apabila perhimpunan besar-besaran membantah pemerintah Abdul Fatah al-Sisi meletus di seluruh negara.
Lebih daripada 100 orang telah ditangkap lebih awal apabila demonstrasi pada hari Jumaat, yang telah dianjurkan oleh kumpulan ‘Salafi’ dan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamad Morsi, bermula.
Sementara itu pegawai kerajaan berkata seorang pegawai kanan tentera telah terbunuh selepas penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan.


Serangan itu datang beberapa jam lebih awal daripada protes yang telah mendorong pihak polis dan tentera untuk meningkatkan kehadiran mereka di ibu negara dan bandar-bandar lain.
Bantahan oleh ‘Salafist Front’, satu kumpulan yang bertumpu di bahagian Delta Nil dan pada masa yang sama demonstrasi tetap setiap Jumaat telah diadakan oleh penyokong Ikhwanul Muslimin.
Pada halaman Facebook, Salafist Front telah menyeru para pemuda untuk bangkit pemerintahan tentera di Mesir dan menggesa pengikutnya untuk meningkatkan kefahaman al-Quran.
Bantahan adalah percubaan pertama di bulan ini bagi mengadakan demonstrasi besar di negara ini.
Ikhwan Muslimin menyeru Barisan Salafist pada hari Khamis supaya mengelakkan sebarang konfrontasi dan mengelakkan pertumpahan darah dengan pasukan keselamatan.



























