Terengganu, Malaysia

10 Rumah Bantuan Penuh ‘Baiti Jannati’ Sejak PRU13

10 Rumah Bantuan Penuh ‘Baiti Jannati’ Sejak PRU13

DUNGUN – Sebanyak sepuluh buah rumah bantuan penuh telah didirikan melalui program ‘Baiti Jannati’ yang diuruskan oleh pihak Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka.

Rumah yang ke sepuluh telah dimulakan pembinaanya bersempena proram ‘YB Cakna Rakyat, di Kampung Sura Hujung, pada minggu lalu.

satiful rumah bantuan1Adunnya Ustaz Satiful Bahri Mamat telah meletakkan batu asas sebagai ‘gimik perasmian’ bagi petanda bermulanya kerja-kerja pembinaan rumah dengan keluasan 600 kaki persegi.

Menurutnya, sebuah rumah bersaiz tersebut menelan belanja tidak kurang dari RM30,000.00.

“sudah masuk jumalah yang ke 10 buah, rumah telah dibina olehPAS DUN Paka sejak selepas piliharaya ke 13 yang lalu,

“kali ini kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai enam orang anak, Rosma bt Musa yang bekerja sebagai tukang sapu di dalam kawasan pagar UiTM Dungun,

“pendapatan beliau yang bekerja dengan syarikat swata sebanyak RM570.00 disamping bantuan daripada JKM RM200.00 sebulan, tidak mampu untuk mendirikan rumah sendiri,”ujarnya.

Ustaz Satiful yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu berkata, suami Rosma allahyarham Marzuki Sulong tekah meninggal sejak 10 tahun lalu akibat sakit jantung.

Oleh itu, atas nama tanggungjawab, walaupun tidak dibantu oleh pihak kerajaan, selaku ADUN beliau telah mengusahakan dengan bantuan orang untuk mendirikan ‘tempat berteduh’ kepada Rosma sekeluarga [Gambar kanan].

Rosma dan keluarga“Tanggungan ibu tunggal itu sangat berat, sekarang tinggal bersama dengan ibunya Siti Fatimah bt Cik yang berumur 73 tahun,

“empat orang anaknya masih belajar, yang perempuan usia 20 tahun masih belajar di Cosmopoint Kuala Terengganu dan dua orang di peringkat sekolah menengah dan rendah,” jelasnya.

Justeru itu, Ustaz Satiful bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan tenaga dari para petugas PAS dan sumbangan dari orang ramai yang prihatin, sebanyak sepuluh buah rumah bantuan penuh telah didirikan dalam DUN Paka sejak beliau dipilih menjadi ADUN pada pilihan raya umum, Mei 2013.

IMG-20141123-WA0093Beliau mengharapkan, masyarakat terus prihatin dan memberikan sumbangan kewangan atau bahan-bahan binaan agar pihak Majlis Tindakan DUN Paka dapat membantu keluarga miskin yang memerlukan rumah.

Mereka-mereka yang telah mendapat sumbangan tersebut adalah seperti dibawah;

1. Siti Azma Md Zain, Kampung Darat Kubor Limbong.
2. Md Yunus Harun, Kampung Santong
3. Abd Rani Abdullah, Kampung Pantai Laut
4. Abd Razak, Kampung Limbong
5. Zakaria Abdullah, Kampung Cacar Baru
6. Zubaidah Said, Kampung Bukit Merah
7. Esah Said, Kampung cacar Baru
8. Sidik Donik, Kampung Tebing Tembah
9. Puan Junaidah, Felda Kerteh 1.
10. Puan Rosma Musa, Kampung Sura Hujong (Dalam pembinaan)

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan