KUALA TERENGGANU – Fakta yang menyatakan bahawa golongan kebangsaan sahaja yang bertungkus lumus untuk menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan, adalah tidak tepat.
Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata ada kumpulan lain yang berjuang namun nama-nama dilenyapkan dalam sejarah.
“ramai tokoh-tokoh Melayu, ulama yang menentang penjajah. Kalau di Kelantan ada almarhum Tok Janggut, beliau mati dibunuh di Pasir Puteh dan mayatnya diheret sampai Pasir Pekan, Kota Bharu,
“dia berjuang untuk menentang penjajah (dan) di Terengganu Haji Abd Rahman Limbong (ialah) orang yang bangkit menentang penjajah,


Beliau berkata demikian ketika bercakap pada program Temubual Santai ‘Soal Kemerdekaan Tanah Air’ dengan HARAPTV di sini pada Selasa 11 Ogos.
Oleh itu katanya, PAS Terengganu melalui Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan akan mengadakan satu sambutan yang menyambut ambang kemerdekaan.
Menurutnya, program yang akan diadakan di Kuala Ibai pada 30 Ogos itu, bukan sahaja berhibur tanpa tujuan, bahkan aka diselitkan dengan ucapan para pemimpin yang memberitahu anak-anak muda tetang sejarah perjuangan sebenarnya.


“supaya suasana dapat dihadiri oleh semua peringkat.orang tua pun boleh hadir, orang muda pun boleh hadir,
“dan lagu- lagu yang kita bawa sepanjang malam kemerdekaan itu (ialah) lagu-lagu yang memberi semangat patriotik yang berunsur keagamaan yang memberi semangat kepada anak- anak muda dan inshaallah tidak melalaikan mereka,” tegasnya.
Justeru kata beliau, PAS mengajak seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya untuk memerdekakan diri dan tanah air tercinta ini, dengan sebenar-benar kemerdekaan.


“dan saya berpendapat sistem ini akan kekal, jika kerajaan yang ada hari ini kekal untuk memerintah pada masa yang akan datang,” jelasnya.
Katanya, rakyat perlu menukar kepimpinan dan dasar negara sekiranya hendak memerdekakan negara.
“Kena tukar dasar negara insya Allah (bertukar memilih) kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) (menjadi kerajaan),” tambah beliau.





























