Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Tiada Polis Temui Sirul……KPN Diminta Hentikan ‘Lawak Jenaka’!

articlesmahfuz-omar1-200813_600_429_100

Akhirnya Koperal Sirul Azhar Umar yang sedang ditahan di Pusat Tahanan Khas Imigresen di Sydney, Australia menafikan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa PDRM telah menghantar pegawainya ke Australia untuk merekodkan keterangan Sirul dan ianya adalah suatu pembohongan semata-mata oleh Ketua Polis Negara.

Sirul menyatakan bahawa tiada mana-mana anggota polis dari Malaysia yang datang menemuinya di tempat dia ditahan tersebut. Hal ini juga disahkan sendiri oleh Peguam Sirul, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

Dengan kenyataan Sirul ini, menimbulkan pertanyaan kenapa Ketua Polis Negara telah berbohong dalam keadaan beliau tahu bahawa Sirul pada bila-bila masa berkeupayaan untuk menafikan pembohongan tersebut.?

Adakah ini antara tanda-tanda betapa Tan Sri Khalid sudah tidak layak untuk terus memegang jawatan nombor 1 dalam PDRM selepas siri-siri lawak jenaka yang dilakukan beliau seperti bertugas menjaga keselamatan negara di laman twitter dan menangkap ahli Parlimen atas ucapan yang dibuat di dalam perbahasan Parlimen?

Atau adakah Tan Sri Khalid begitu tertekan sebagaimana tertekannya Perdana Menteri akibat desakan Tun Dr Mahathir Mohamed supaya disiasat pihak yang memberi arahan kepada Sirul untuk menculik dan seterusnya membunuh Altantunya Shaaribu?

Kenyataan berbentuk pembohongan oleh Tan Sri Khalid ini juga secara tidak langsung telah menghina Tun Dr Mahathir,negarawan yang turut membangkitkan soal tidak boleh berlaku zalim kepada Sirul yang hanya melaksanakan arahan pihak tertentu.

Isu ini juga akan menjejaskan kepercayaan Australia dan dunia terhadap Malaysia kerana mempunyai Ketua Polis Negara yang bercakap bohong.

Justeru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid wajib menghentikan segala ‘lawak jenaka’ ini. Beliau juga wajib menjalankan tugas secara adil, professional, amanah dan berprinsip.

Berhentilah berlagak seolah-olah beliau seorang ahli politik UMNO yang bertugas hanya untuk menjaga kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Pemerintahan Barisan Nasional dan kerajaan di bawah PM Najib hanya menghitung hari sahaja lagi sebelum tumbang di dalam pilihanraya yang akan datang. Kuasa yang ada pada Ketua Polis Negara tidak akan mampu untuk menghalang suara rakyat.

YB DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan