Tiada kejutan sekali lagi, apabila penjawat dikekalkan jawatan mereka di dalam pemilihan naib presiden Umno pada Sabtu, mengikuti ‘trend’ yag dipilih oleh wanita da pemuda pada minggu lepas, apabila perwakilan haya mengundi untuk status quo.
Perwakilan Umno memilih ‘pasukan’ penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi , Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn yang mecatatkan rekod buruk pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu, untuk menghadapi piliharaya umum ke-14 akan datang.
Komen para pemerhati, para perwakilan berpendapat ketiga-tiga mereka layak diberi peluang untuk merancang strategi mendapatkan semula pengundi dalam pilihan raya yang akan datang.
Sedangkan pasukan yang sama telah merancag sebelum piliharaya umum kali ke-13 da gagal mencapai pencapaian yang lebih baik dari pilihanraya umum kali 12, tahun 2008.
Ketakutan pada perwakilan jelas apabila mereka tidak mahu membuat perubahan da mencuba gandingan baru naib presiden yag mungkin lebih baik, tetapi hanya memilih tokoh-tokoh lama.
Kebimbangan Umo menjadi tidak stabil dan mungkin membawa natijah yang lebih buruk menyebabkan perwakilan Umo berpendapat, tidak mempunyai masa untuk mencuba gadigan yang baru.
Walaupu pada pandaga umum, Zahid Hamidi merupakan tokoh ‘yang terlampau’ kerana kenyataan-kenyataan yang kotroversi dan menakutkankan seperti ‘tembak dahulu’ dan lain-lain, namun nampaknya ‘gaya Zahid’ berjaya melojakkan undi terbanyak 187 udi, tertinggi dikalangan naib presiden yang dipilih.
Sementara ‘permainan selamat’ Shafie Afdal meguntungkan dirinya apabila beliau meraih laba dari undi perwakila umo Malaysia Timur da medapat sebanyak 174 undi tidak mencermikan kesatuan 1 Malaysia dan 1 Umno.
Walaupun ada perhatian para perwakilan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, namun perwakilan Sabah memuktamadkan mahu Shafie menjadi wakil mereka dari Sabah.
Hishammuddin yang dilihat sebagai Menteri Dalam Negeri ‘yang lemah’ ketika beliau mengendalikan portfolio itu dan ini dicerminkan dalam bilangan undi yang diterimanya.
Beliau mendapat 100 undi, hanya sembilan atas pencabar terkuat, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan pengendalian Hishammuddin terhadap serangan Lahad Datu adalah titik sakit bagiya, menurut pandangan perwakilan.
Tidak ada muka baru dalam pemilihan naib presiden umno mencerminkan cubaan pemimpin seperti Isa Samad dan Ali Rustam tidak akan menambahbaikkan umno kerana ‘palitan’ lumpur ‘rasuah’ yang dibawa oleh kedua tokoh itu.
Mukhriz pula mungkin dilihat ‘terlebih berniaga’ dari menjadi ahli politik yang diharap-harapkan!




























