Terjun Kereta Elak Maut

2463

Oleh : Che Ana
Gambar: Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Seorang lelaki Melayu terselamat dari kemalangan maut yang hampir meragut nyawa, apabila sebuah jentera berat ‘kren’ hilang kawalan dan meluru ke arah kereta yang dipandunya.

kemalangan1Menurut saksi, Mohd. Ridhuan Bin Mohamad, 20, kemalangan yang melibat sebuah kereta Proton Wira, berlaku berlaku kira-kira jam 4.30 petang, Khamis 10 November.

‘Kren’ yang datang dari arah stesen minyak Caltex di Jalan Tengku Mizan, berhampiran Jambatan Sultan Mahmud tidak dapat dikawal kerana pemandunya diserang penyakit sawan.

“pemandu kren dari arah (stesen minyak) Caltex………..(manakala) pemandu kereta Wira (warna) biru (datang) dari arah Batu Enam menghala ke bandar Kuala Terengganu,

Mohd Ridhuan
“saya kenal pemandu kren…….kebetulan dia kawan sekampung,”kata Mohd Ridhuan

“tiba-tiba sebuah kren meluru ke arah kereta (biru) dalam keadaan melawan arus…. dipercayai pemandu kren itu terkena penyakit sawan,”ujar Mohd Ridhuan ketika ditemui petugas media, Khairul Nizam Abdullah selepas kejadian.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira tersebut bernasib baik, beliau sempat terjun menyelamatkan diri, sebelum kren itu menghantam keretanya.

Menurutnya, kren yanh merempuh dengan kuat itu telah mengheret kereta terbabit kira-kira 100 meter

Orang ramai yang menggunakan laluan tersebut menyedari kejadian itu dan beberapa orang telah memberhentikan kereta dan segera memanjat kren, dan berjaya memberhentikannya.

Katanya, pemandu kren yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya telah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

kemalangan3Mohd Ridhwan berkata, beliau kenal pemandu kren tersebut juga merupakan rakan sekampungnya dari Bukit Tunggal.

Sebelum dari, satu kemalangan telah berlaku pada sebelah tengahari, berhampiran dengan kemalangan tersebut.

“tengahari tadi sebuah Proton Saga Flx terbalik akibat cuai pemandunya yang leka bermain telefon (hand-phone) sewaktu memandu,”kata beliau yang menambah, tidak ada kemalangan jiwa yang membabitkan kedua-dua kejadian itu.

https://youtu.be/phUG0QcYxJA