Terima Kasih Semua!

132

Pertamanya terima kasih kepada YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu dan kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) kerana memberi kepercayaan kepada saya dan pasukan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu untuk membantu rakyat yang terjejas dengan Insiden Air Berangan 2.0.

Krisis Air seperti ini sangat menguji kami di peringkat DPPNT dan Jabatan Amal Malaysia Terengganu. Tidak seperti bencana banjir yang melalui proses pemulihan dan kerja makin berkurangan. Kerja bantuan air ini menjadi rutin yang perlu dikemaskini mengikut keadaan penduduk.

Amanah yang besar ini tidak mungkin berjalan dengan baik sekiranya tanpa sokongan Sekretriat Bantuan Air DPPNT yang diketuai oleh Ustaz Riduan Abu Bakar.

Tidak dilupakan Pasukan Jabatan Amal Malaysia Terengganu yang dipimpin oleh Saudara Sauji Abdul Rashid dan semua pasukan Pemuda PAS Kawasan dan Jabatan Amal kawasan.

Sudah pasti tidak saya lupakan jasa Dewan Muslimat, Dewan Ulamak, Ameerah dan Dewan Himpunan Pendokong PAS yang tidak melepaskan peluang menabur khidmat dan jasa membantu penduduk yang terjejas.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada PAS kawasan-kawasan kerana berjaya menggerakkan Khidmat Malaysia dari Kemaman hingga Besut termasuk dari DUN-DUN yang telah mencetus gelombang beramal kerana Allah.

Akhirnya, saya juga ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang telah memperlihatkan kesungguhan dalam membantu rakyat yang terjejas.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalan dan khidmat yang dihulurkan semua yang terlibat.

Amin…

Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak
Ketua Pemuda PAS Terengganu