Terima Kasih Rakyat Terengganu

62

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurniaan dan pertolongan-Nya, PAS-Perikatan Nasional Terengganu telah berjaya menawan kesemua lapan kerusi parlimen.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua petugas, perantau, pengundi awal, pengundi pos dan semua pengundi yang telah bersama-sama mencipta sejarah baharu politik Terengganu.

Kini adalah masa untuk kita sama-sama membina negara Malaysia tercinta ini, dan menjadikan kepelbagaian masyarakatnya sebagai kekuatan kepada sebuah negara Malaysia.

Semoga Allah SWT membalas segala usaha kalian dengan kebaikan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi PN Negeri Terengganu
20 November 2022