KUALA TERENGGANU – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah setulus ikhlas menyumbang bagi membantu mangsa banjir di Kemaman akhir tahun lepas.


Keseluruhan perbelanjaan untuk membina rumah baru adalah lebih RM170,000. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Semoga dengan segala usaha yang telah disumbangkan mendapat reda Allah jua. Kredit yang tidak terhingga kepada pengurus projek ini iaitu En Ismail Harun yang juga merupakan wakil kawasan Kemaman Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu, Sdr Zulkifli Mat Yakim selaku Ketua Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Kemaman.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PAS Kawasan Kemaman dan Lajnah Kebajikan PAS Terengganu yang memulakan initiatif kutipan dana.




























