Terima Kasih Kepada Para Penyumbang, YAMCT Kini Miliki Sebuah Ambulans

2312

Oleh : KAM

MARANG – Dana yang dikumpul oleh Yayasan Amal Malaysia Cawanagan Terengganu (YAMCT) sejak lebih empat tahun lalu bagi membeli sebuah Ambulans akhirnya menjadi kenyataan pada bulan Ramadan ini.

kam3582(c)-dana3Pengerusinya, Dr Suhazeli Abdullah merakmkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang dana hingga YAMCT mampu membeli sebuah ambulans.

Katanya, tujuan pembelian sebuah Ambulans tersebut bagi kegunaan masyarakat khususnya di Terengganu ini.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang serta sokongan kepada YAMCT dalam meneruskan lagi kerja amal kebajikan.

“YAMCT berjaya mengumpul sejumlah dana dan membeli sebuah Ambulans untuk kegunaan masyarakat khususnya di negeri Terengganu Darul Iman,” ujarnya.

Menurutnya, Ambulans yang berharga hampir RM200,000.00 itu boleh beroperasi sepenuhnya pada 15 Julai 2016 ini.

Justeru itu, katanya pihak YAMCT akan menyedia dua orang pekerja khas bagi mengendalikan aset tersebut dengan baik.

IMG-20160701-WA0039“Operasi khidmat Ambulans ini akan dimulakan sepenuhnya pada 15 Julai 2016. Proses akhir penyediaan kelengkapan dan label dalam masa dua minggu dari sekarang.

“Pemilihan jawatan pemandu Ambulans juga akan diadakan minggu ini. Pihak pengurusan YAMCT akan mengumumkan kaedah bagaimana masyarakat ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans ini dalam tempoh terdekat setelah proses akhir siap sepenuhnya,” jelasnya.

Katanya, sumbangan kewangan bagi kos penyelenggaraan Ambulans dan lain-lain masih diperlukan pihak YAMCT.