ANKARA – Sebuah pesawat dengan 168 orang di atas kapal tergelincir dari landasan ke tebing tepi pantai, selepas mendarat di sebuah lapangan terbang di utara Turki.
Walaupun begitu, tiada siapa yang mengalami kecederaan dalam kejadian yang disifatkan sebagai suatu ‘keajaiban’.
Syarikat Penerbangan Pegasus telah berlepas lancar dari ibu negara Ankara menuju ke Trabzon, di mana kemalangan tersebut berlaku, ketika pesawat itu mendarat.
Imej dramatik dari CNN Turki menunjukkan pesawat tersadai dan lekat di tebing, hanya beberapa dari gigi air Laut Hitam dengan rodanya tersangkut dalam lumpur.
“Terdapat keadaan panik, orang menjerit-jerit (dalam pesawat)….apabila mereka memberitahu kami untuk meninggalkan (dan) keluar dari pintu belakang,
“semua orang ‘bertolak-tolak’ cuba untuk keluar awal daripada orang lain. Ia adalah satu keadaan yang amat dahsyat,” kata seorang penumpang, Fatma Gordu, memberitahu agensi berita Anadolu.
Beliau berkata mereka boleh menghidu bau bahan api dan bimbang bahawa api akan membakar.
“Sebab itu kita takut,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat wanita hamil dan kanak-kanak di atas kapal itu.
Penumpang lain, Yuksel Gordu berkata ia merupakan satu ‘keajaiban’ kerana mereka semua selamat


Imej dari agensi berita Dogan menunjukkan asap yang berpunca dari enjin pesawat terperangkap dan kelihatan tseperti ia telah jatuh ke dalam air.
Menurut agensi itu, pesawat itu berada kira-kira adalah 25 meter (80 kaki) dari dari laut.
Pegasus Airlines mengesahkan dalam satu kenyataan pada hari Ahad tiada sebarang kecederaan di kalangan 162 penumpang, dua juruterbang dan empat atendan penerbangan.
Punca kejadian itu tidak diketahui tetapi siasatan sedang dijalankan, kata pejabat gabenor wilayah Trabzon.
Sehubungan itu, sebuah pusat krisis insiden telah ditubuhkan di lapangan terbang.
“Pesawat itu akan dikeluarkan…..manakala semua langkah-langkah telah diambil untuk prosedur kerja dan lain-lain keperluan. Ini akan dilaksanakan langkah demi langkah,” kata gabenor, Yucel Yavuz.
Beliau menambah bahawa, sebilangan kecil penumpang diminta untuk pergi ke hospital tetapi tidak memberikan keterangan lebih lanjut.
Pendakwa Raya Trabzon telah melancarkan siasatan yang berasingan dan kenyataan daripada anak-anak kapal akan diambil.



























