Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan harapan yang tinggi kepada kepada persekutuan menunaikan janji, melunaskan pembayaran RM500 juta royalti petroleum.
Bagi pihak rakyat Terengganu, Penolong Setiausaha PAS YB Ustaz Sukairi Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kerana pembayaran sebanyak RM300 juta yang telah dibayar oleh kerajaan pusat sebelum ini.
“Berkenaan dengan royalti, kita telah pun menerima dua kali pembayaran royalti. Yang pertama sebanyak RM100 juta manakala yang kedua sebanyak RM200 juta.
“Kita berharap kerajaan pusat tunai janji bayar royalti sebanyak RM500 juta” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sempena Himpunan Mujahidah 5.0 di Kuala Nerus pada Sabtu, 3 November.
Turut hadir dalam majlis perasmian Himpunan tahunan itu ialah Bendahari Muslimat PAS Malaysia Dr Che Faridah Ismail, Ketua Muslimat Negeri Hajah Zarani Othman dan Bendahari PAS Terengganu merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus M. Shukrimun Samsudin.
“Kerajaan persekutuan akan menunaikan janji untuk menyelesaikan bayaran royalti ini selewat-lewatnya sebelum akhir 2018.
“Kerana pada April 2019, kita akan menerima bayaran royalti yang baru pula,” kata beliau.
justeru tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri, kerajaan sepatutnya kerajaan persekutuan sepatutnya boleh lakukan dengan lebih baik lagi dengan tidak mengkesampingkan negeri-negeri pembangkang, terutama di pantai Timur
“Kita lihat agak tidak berapa jelas dan tidak berapa menggembirakan walaupun negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah negeri pembangkang.
“Kita harap layanan daripada persekutuan adalah sama seperti negeri-negeri yang di bawah kerajaan itu sendiri,” ujar beliau.