Terengganu Gagal Pertahan Kedaulatan Kerana Razif ‘Menteri Besar Ihsan’

890

KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal mempertahankan hak dan kedaulatan negeri ini kerana menyerahkan medan minyak di blok PM 307 Bertam kepada negeri Pahang.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, telaga minyak akan mengeluarkan hasil sebanyak RM100 juta setahun mulai tahun hadapan itu terpaksa diserahkan kepada negeri Perdana Menteri, Pahang.

Beliau menyifatkan kegagalan tersebut adalah kerana Menteri Besar Terengganu yang baharu dilantik, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman adalah ‘menteri besar ihsan’ daripada Dato’ Seri Najib Razak.

https://youtu.be/kAxWmE9xIH8

“Menteri Besar yang sedia ada tidak mampu mempertahankan hak dan kedaulatan negeri Terengganu,

“sebab ‘ihsan’( dari Najib jawatan) Menteri Besar yang diperolehi (Dato’ Ahmad) Razif sendiri,”jelasnya ketika berucap dalam program Hiwar Siyasi anjuran Lujnah Dakwah dan Kesenian PAS Terengganu di Kuala Ibai, Jumaat 8 Mei.

Katanya, PAS berulangkali mendesak supaya Razif dalam ‘isu Bertam’, termasuk menyuarakannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, Razif masih gagal menyatakan menyatakan pendiriannya walaupun wakil-wakil PAS bangun dan menuntu penjelasan Razif sewaktu ucapan penggulungannya.

Oleh itu, begitu jelas sekali, kata Ustaz Satiful, perlantikan Razif sebagai MB telah ‘membisu’kan suara rakyat Terengganu dalam isu yang paling penting itu.

IMG-20150508-WA0004“dalam sidang DUN kita mendesak ‘stand’ (pendirian) atau keputusan yang perlu disuarakan oleh Menteri Besar…….dia mengelak!,

“sampai (waktu ucapan) penggulungan Menteri Besar pun, kita bangun lagi (untuk) bertanya……pun dia (Razif) tak berani nak menjawab,”tegas ADUN Paka itu.

Beliau mendedahkan, pertembungan antara kelompok dalam Umno yang berpanjangan masih tidak selesai, menyebabkan kos pentadbiran semakin meningkat.

Katanya, bajet asal RM2.3 bilion negeri Terengganu akan ditambah dengan peruntukan tambahan yang kan menlonjakkan bajet negeri Terengganu melebihi RM3 bilion.

“apabila Razif naik…..dia cantas pula kumpulan Ahmad Said….samapai peringkat ke kawasan-kawasan dan kontraktor-konraktor, apatah lagi dengan suasana kewangan yang ada pada hari ini,

“bajet asal (negeri Terengganu) RM2.3 bilion, pada sidang DUN bulan Mei ini, adalah lagi peruntukan tambahan yang secara langsung bajet (jadi) menjangkau kepada RM3 bilion,”tambahnya.