Tentera Iran ‘Kemuncak Siapsiaga’

81
Peluru berpandu Iran dipamerkan di Muzium Angkatan Udara Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Tehran, Iran, 12 November 2025

Tentera Iran berada di “kemuncak kesiapsiagaan pertahanan” (High Alert) dan akan “menghadapi sebarang pencerobohan” ketika Amerika Syarikat meningkatkan retoriknya untuk menyokong penunjuk perasaan di negara itu.

Komander Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata, rizab peluru berpandu “telah meningkat berbanding sebelum perang 12 hari [dengan Israel].

“semua kerosakan dalam tempoh ini telah dibaiki, memastikan pasukan berada pada tahap kesiapsiagaan puncak”, kata Komander Tentera Udara IRGC, Jeneral Majid Mousavi, dipetik agensi berita Fars.

Sementara itu, hubungan langsung antara pegawai kanan dari Amerika Syarikat dan Iran telah reda, menurut laporan, ketika ketegangan meningkat.

Sebahagian kakitangan telah dinasihatkan untuk meninggalkan pangkalan udara utama AS di rantau ini, walaupun tiada tanda-tanda segera pemindahan tentera secara besar-besaran seperti yang berlaku beberapa jam sebelum serangan peluru berpandu Iran tahun lepas.

Jeneral Majid Mousavi

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada hari Selasa menggesa rakyat Amerika untuk meninggalkan Iran sekarang.

Dengan perkembangan itu, harga minyak meningkat pada hari Rabu untuk sesi kelima berturut-turut berikutan kebimbangan gangguan bekalan Iran ketika AS dan Iran saling berbalas ancaman.

Niaga hadapan BrENT dilapirkan naik 84 sen, atau 1.3%, pada $66.31 setong pada 1054 GMT. Minyak mentah West Texas Intermediate AS naik 81 sen, atau 1.3%, pada $61.96 setong.

Presiden AS Donald Trump pada hari Selasa menggesa rakyat Iran untuk terus membantah dan berkata bantuan sedang dalam perjalanan, tanpa menyatakan apa maksudnya.

Trump turut mengancam untuk campur tangan bagi menyokong penunjuk perasaan di Iran.