Tentera Disokong UAE Rampas Kuasa Selatan Yaman

1702

Perang Yaman dijangka berlarutan dan semakin ‘kronik’ apabila terdapat usaha tentera pemisah disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengadakan satu ‘rampasan kuasa’

Perdana Menteri Yaman Ahmed bin Dagher berkata demikian selepas mereka merampas beberapa pejabat kerajaan, semasa pertempuran maut di bandar pelabuhan Aden .

“Di Aden, kesahtarafan sedang terbalik, (akan memberi) kesan kepada keselamatan, kestabilan dan perpaduan Yaman,

“salah laku ini adalah tidak berbeza daripada jenayah yang dilakukan oleh Houthis di Sanaa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pertempuran meletus di Aden awal pada hari Ahad selepas tentera Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang disokong oleh Arab Saudi, cuba menghalang pemisah, disokong oleh UAE, daripada memasuki bandar.

Menurut sumber hospital, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 30 cedera dalam pertempuran itu dan lapangan terbang utama juga dilaporkan telah ditutup.

Majlis Peralihan Selatan (STC), sebuah gerakan menuntut pemisahan untuk selatan Yaman, telah memberi tempoh kepada kerajaan selama tujuh hari pada dua minggu lepas.

Mereka mengancam samada, kerajaan memecat Perdana Menteri dan kabinetnya, atau menghadapi ‘penggulingan’.

Kerajaan Hadi enggan menurut ugutan itu dan bertindak mengharamkan perhimpunan awam sebelum tarikh ancanab berakhir pada Ahad 28 Januari.

Seorang aktivis belia di selatan Yaman Murad Abdu, memberitahu Al Jazeera pertempuran sengit berlaku di kawasan penempatan pengawal ditentang angkatan tentera STC.

Tembakan senjata berat bergema di sebahagian besar kawasan bandar di Aden, termasuk di daerah Khormaksar, al-Mansoura dan Dar Sad.

Jalan-jalan raya lengang, dengan sekolah, pejabat kerajaan dan kebanyakan kedai-kedai ditutup.

Dalam pada itu, Naib Presiden STC Hani bin Braik, melalui mesej laman sosialnya, menyalahkan kerajaan Hadi kerana menyebabkan pertempuran itu.

“Mereka memaksa kami untuk memakai pakaian seragam tentera kami, walaupun kita memberitahu mereka kami bukan ganas. Tetapi kita bersedia,” katanya.

Manakala Setiausaha STC, Aidarous al-Zubaidi , berikrar bahawa ‘pemberontakan’ akan diteruskan sehingga kerajaan Hadi telah digulingkan.