Tentang Rasuah Bukan Hanya Manifesto Pilihanraya

1319

KUALA TERENGGANU – Menentang rasuah bukan hanya ungkapan di lidah atau kata-kata bertulis sebagai manifesto pilihan raya.

Sebaliknya kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, penentangan terhadap rasuah adalah keyakinan di hati yang dijelmakan dengan perlakuan apabila diberikan kuasa.

“27 tahun Pas memerintah Kelantan, Alhamdulillah belum ada satu kes rasuah dapat dipalitkan.

“Apa rahsianya? Rahsianya ialah keimanan pemimpinnya terhadap haramnya rasuah dan pertimbangan syurga dan pahala dalam semua tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi pendapat beliau, rasuah adalah penyakit mereka yang berkuasa melainkan mereka yang beriman dengan syurga dan neraka.

“Parti yang dilihat kononnya menentang rasuah juga terlibat dengan rasuah apabila berkuasa kerana tiada iman kepada syurga dan neraka,” ujarnya lagi.