Tenang Dan Sabar, Fokus Usaha Tangani Covid-19

168

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan.

Sebarang kenyataan mengenai pendirian PAS terhadap kemelut ini hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung sahaja.

Ketika ini, PAS menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak COVID-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan.

PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini. Justeru, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani COVID-19.

‘ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN’

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1442 | 4 Ogos 2021