TDM Dalam Bahaya!

1857

Saya baru sahaja menerima berita dari Pontianak Indonesia bahawa sedang berlaku mogok dan piket di hadapan pejabat PT Rafi Kamajaya, sebuah anak syarikat TDM. Menurut maklumat yang diberikan, difahamkan syarikat tersebut sudah berhutang sejumlah RM15 juta dengan pekerjanya. Pejabat syarikat sedang dikawal oleh tentera Indonesia untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

IMG-20160622-WA0049Wakil *GANTI* yang meninjau isu ini mendapati masalah kewangan syarikat berlaku semenjak 2011 lagi. Kewangan semakin tenat tahun demi tahun. Difahamkan juga kemuncak kegawatan kewangan syarikat ialah pada 2014. Yang peliknya, kami dimaklumkan bahawa pelaburan TDM sangat besar dalam syarikat berkenaan tetapi kenapa masih berhutang dengan pekerja?

TDM merupakan anak syarilat kerajaan negeri. Bermakna ia adalah aset rakyat Terengganu secara tidak langsung. GANTI desak Menteri Besar jawab isu ini seberapa segera sebelum pembongkaran yang lebih banyak berlaku.

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf( *GANTI* )
17 Ramadhan 1437
22 Jun 2016