Tarbiyah Asas Istiqamah

1537

KUALA NERUS – Program tarbiyah yang berterusan adalah syarat bagi ‘membuahkan’ penyatuan pemikiran (wehdatul-fikr) dan istiqamah dalam perjuangan Islam.

Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu YB Ariffin Deraman berkata, PAS di negeri ini tidak banyak dilanda masalah walaupun perkembangan PAS dilihat sebagai ‘luar biasa’ kebelakangan ini.

Beliau berkata, ia adalah hasil kemantapan tarbiyah di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya.

“kita sebagai ahli biasa (samada) pekerja atau pun pemimpin adalah tenaga penting dalam jamaah (PAS) tapi Alhamdulillah kita diberikan ‘wehdatul-fikr’ (kesatuan pemikiran),

20150625_191528“dengan adanya program-program tarbiyah yang berterusan, yang diiktiraf oleh sahabat-sahabat kita di luar Terengganu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Iftar Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu, di sini pada petang Khamis 25 Jun.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alor Limbat itu, pelbagai masalah yang sedang melanda sekarang adalah satu ujian daripada Allah kepada perjuangan PAS.

Katanya, dugaan tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pada zaman nabi Muhammad SAW juga terdapat pelbagai masalah yang menguji perjuangan beliau.

Oleh itu, beliau menyeru agar semua ahli dan penyokong mengambil panduan dari al-Quran sagar perjuangan ini dapat diteruskan dengan istiqamah sehingga sampai kemenangan.

“Allah ta’ala banyak sebut (dalam al-Quran) dalam masalah istiqamah dan banyak ayat-ayat al-Quran (menyebut istiqamah) dan sebagainya,

“Sfian bin Abdullah (sahabat) pernah bertanya tentang Islam kepada Nabi SAW, dan Nabi menjawab (yang bermaksud) katakanlah ‘aku telah beriman kepada Allah dan kemudia beristiqamah’,”jelas beliau