Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Ada yang kata lupakan sahaja kesalahan Tun Mahathir kerana itu sudah lama dahulu.
Tetapi ujian sebenar sama ada Tun Mahathir benar benar ikhlas mahu berada dilandasan rakyat adalah memperbetulkan kesalahannya sementara hayatnya masih ada.


Memulakan penganiayaan kepada negeri-negeri umat Islam Terengganu dan Kelantan dengan tiba-tiba memutarbelitkan perjanjian pengeluaran Petroleum dan menafikan hak bayaran 5% royalti Petroleum yang kesannya terlalu besar.
Ia menjejaskan negeri dan rakyat yang sepatutnya sudah boleh menikmati kemajuan dan pembangunan yang lebih baik.
Tun Mahathir boleh mengakui kesalahan keputusan yang sangat jelas didorong kepentingan politik parti dan peribadi.
Beliau tak boleh beri alasan tak ada kuasa sekarang kerana kenyataan beliau cukup kuat untuk beri ruang kepada proses penilaian semula sama ada dimulakan di mahkamah atau oleh kerajaan dipimpin UMNO sekarang.


Sepatah pengakuan beliau walau tanpa kuasa sekarang, cukup untuk mengubah keadaan dan mungkin boleh membuka jalan kepada perbicaraan baru atas kewujudan keterangan dan kemungkinan bukti baru.
Tun Mahathir tidak boleh beri alasan konon dia tidak ada kuasa sekarang untuk ubah semua itu. Tanpa kuasa pun, dia sudah boleh bercakap benar sementara mulutnya masih mampu bersuara dan tangannya masih mampu menulis.
Lainlah jika beberapa tahun lagi melihat usianya sekarang, jika sudah terlantar tak mampu buat apa apa lagi.
Saya simpati pada Anwar Ibrahim.
Nyata sekali seolah-olahnya mereka yang menjadi harapan beliau sebelum ini sedang dengan bangganya memberitahu rakyat, “Kami sudah ada Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dah tak penting lagi”
Saya percaya PAS sedang menilai keikhlasan Tun Mahathir.


Negeri-negeri yang dianiya ini rakyatnya terpaksa mencari peluang kerja dinegeri lain. Minyak dan gas dari perut bumi Terengganu dan Kelantan. Tetapi yang jadi ‘taikun’ industri minyak dan gas, adalah anak-anak Tun Mahathir sendiri.
Nak harapkan pemimpin pemimpin UMNO Terengganu?
Mereka sejak dari dulu bangga sangat jadi ‘broker’ projek memakan komisyen. Yang untuk tujuan itu perlu taat dan patuh semua sekali apa sahaja yang bos-bos mereka di Kuala Lumpur mahukan.
Sekalipun dengan mengkhianat dan menjual rakyat dan negeri sendiri!






























