‘Tamrin’ Ahli Baru Memantapkan Fikrah dan Akidah

1310

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seseorang individu yang menjadi ahli PAS bukan sahaja perlu memahami undang-undang dan peraturan parti bahkan perlu meningkatkan kefahaman dan menghayati fikrah.

Oleh itu, Setiausaha PAS Kuala Terengganu Ustaz Mohd Soud Said berkata tamrin (latihan) yang diadakan adalah juga untuk memantapkan akidah ahli baru.

“Tamrin ahli baru bertujuan supaya mereka yang baru menjadi ahli mengetahui bahawa pergabungannya dengan PAS bukan sekadar menjadi ahli sahaja,

IMG-20160410-WA0025“tetapi pergabungan yang membuktikan kemantapan aqidah, ikatan fikrah dan memahami tanzim,”tegasnya.

Oleh itu, jelas beliau ahli-ahli baru haruslah benar benar mahu mengabungkan diri dengan PAS dan perlu bersedia untuk terus di tarbiyah supaya mempunyai keyakinan untuk terus bersama PAS dalam apa jua situasi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Kuala Nerus Ustaz Ismail Dagang berkata, PAS adalah parti yang tidak menjanjikan habuan kebendaan, tetapi matlamat dan dasarnya adalah untuk Islam semata-mata.

PAS adalah parti yang tidak menjanjikan habuan kebendaan, PAS adalah parti yang matlamat dan dasarnya adalah untuk Islam , jadi bila masuk PAS kita kena tahu kita berada dalam jemaah islam yang mahu melihat islam di daulatkan di muka bumi,”ujarnya.

Ustaz Ismail berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam pengisisan tamrin tersebut.

Seramai 60 orang ahli baru DUN Wakaf Mempelam menghadiri program yang diadakan di Dewan Tahfiz as-Sabiqun pada Sabtu 9 April.