Ketua Hamas Ismail Haniyeh pada Selasa menyeru kebangkuta ‘intifadah’ baru Palestin dan menamatkan semua proses perdamaian dengan rejim Israel.
Beliau berkata demikian selepas parlimen Israel (Knesset) meluluskan rang undang-undang lewat petang Isnin, menjadikan keadaan lebih sukar untuk mengubah status Jerusalem.
Menurut rang undang-undang tersebut, sebarang percubaan untuk menukar status rasmi Jerusalem atau sempadan perbandaran memerlukan kelulusan 80 daripada 120 ahli parlimennya.
Langkah yang lebih merumitkan suasana itu, diputuskan kurang daripada sebulan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan keputusannya untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel.
Oleh itu, Haniyeh menegaskan bahawa, warga Palestin dan Arab serta umat Islam seluuruh dunia perlu meningkatkan tindakan untuk mencegah AS dari mencapai matlamatnya.
Menurutnya, ia termasuk merangka pelan Arab-Islam bersatu dalam penyelarasan dengan badan-badan antarabangsa yang menyokong hak rakyat Palestin.
Beliau berkata, Haniyeh berkata keputusan Israel dan AS perlukan dua peringkat tindakan dalam politik.
“Yang pertama adalah untuk tidak mempercayai proses damai bahkan menamatkannya (dan) yang kedua adalah untuk menamatkan proses normalisasi dengan Israel,
“dengan menentang strategi Israel, kami menyeru kepada strategi komprehensif yang akan membatalkan keputusan Israel dan Amerika Syarikat [di Jerusalem],
“dan melihat semula perjuangan Palestin sebagai projek keselamatan negara,” katanya.
Beliau menekankan bahawa semua pihak termasuk orang-orang Arab, umat Islam dan rakyat Palestin perlu melakukan sesuatu untuk membatalkan keputusan AS dan Israel itu.






























