PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada isteri, ibu, ayah, dan seluruh anggota keluarga almarhum Ustaz Hawari Abas yang menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 10 malam tadi di hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Al Marhum dimasukkan ke hospital Daerah Besut pada 2 Februari 2018. Sehari selepas itu beliau dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut di sana. Pada 13 Februari beliau dipindahkan kembali ke hospital Besut dan atas permohonan keluarga beliau dibenarkan balik pada 25 Feb tetapi kembali ke hospital pada 26 Feb setelah mengadu sukar untuk bernafas.
Pihak hospital Besut merujuk kembali arwah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah mendapat persetujuan dari pihak keluarga al Marhum.
Jenazah al Marhum akan disembahyangkan selepas solat zohor 27 Feb di Pondok At Taqwa, Seberang Jerteh.
Almarhum dilantik sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut sejak 2008 yang lalu. Beliau menumpukan perhatian dalam khidmatnya di Pondok At Taqwa, Seberang Jerteh sebagai tenaga utama dalam menggerakkan pendidikan di sana.
Sekian, terima kasih. Wassalamu’alaikum…
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
27 Februari 2018




























