Takziah Kepada Keluarga Norsham

1058

PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Norsham dan Siti Norshamila diatas kehilangan anakanda mereka Noor Amila Edrus, 5 tahun semalam. Berita penemuan mayat Noor Amila ini amat meruntun jiwa semua yang mempunyai sifat kemanusiaan.

13895041_10209918918559361_2268358285863836954_nKebimbangan PAS terhadap kelemahan kawalan kepada jenayah di Malaysia, telah dinyatakan secara konsisten sejak sekian lama. PAS mahu agar manusia dibimbing dengan al-quran dan sunnah agar mereka mengendalikan diri mereka mengikut pertunjuk Islam.

Hanya Islam yang dapat membawa manusia ke jalan yang lurus serta mengawal diri dari mengikut jalan yang tidak benar. Marilah sama-sama kita kembali kepada Islam yang sebenarnya agar kita selamat dunia akhirat.

Syurga buatmu Noor Amila insyaAllah. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS
Terengganu