Takziah Buat Keluarga Datuk Fauzi Shaari

1079

Saya mewakili semua kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri, ahli serta seluruh penyokong PAS negeri terengganu mengucapkan takziah diatas kembalinya Allahyarham Datuk Fauzi Shaari ke rahmatuLlah.

Kami berharap semoga seisi keluarga Allahyarham bersabar diatas ujian ini.

PAS Terengganu berdoa semoga Allah menerima segala amal soleh beliau khususnya sumbangan beliau setelah beliau bersama dengan keluarga besar PAS.

Khidmat bakti beliau samada seaktu dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semasa menjelajah ke serata pelusuk seluruh negara, memberikan penerangn dan penjelasan, termasuk berceramah d Negeri Terengganu, akan sentiasa di kenang seluruh rakyat.

Semoga roh Alahyarham Datuk Fauzi Shaari dihimpunkan bersama orang-orang yang diberi nikmat Allah, bersama para solihin dan di rahmati Allah, Amin.

Al-Fatihah

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu