Tahniah Rakyat Terengganu, Berani Bantah Tidak Rela Dijajah TPPA!

1397

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan Himpunan Aman Membantah TPPA adalah ‘tunjuk perasaan’ yang berjaya, yang disertai oleh puluhan ribu rakyat Malaysia, dari seluruh pelusuk negara serta daripada pelbagai lapisn masyarakat.

Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ‘demonstrasi’ turut dihadiri oleh pelbagai parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) adalah merupakan ‘isyarat’ yang jelas kepada pihak kerajaan pimpinn Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menolak dan tidak menanda tangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik itu.

bantah TPPA4“Sebagai pemimpin, ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat, adalah diharapkan dapat menunaikan amanah untuk tidak menyokong TPPA yang akan dibentang di parlimen pada minggu hadapan.

“Sebarang usaha yang membawa kepada termeterainya perjanjian tersebut adalah satu pengkhianatan kepada negara ini dan meletakkan negara serta anak bangsa di bawah penjajahan baru kepada Amerika Syarikat masa mendatng,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Himpunan Aman Membantah TPPA yang diadakan di Padang Merbuk, Jalan Parlimen Kuala Lumpur semalam, Sabtu 23 Januari.

Beliau bersetuju dengan saranan Timbapan Presiden PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa rakyat menolak ahli-ahli parlimen yang menyokong TPPA pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Jika para pimimpin masih lagi memekakkan telinga mereka dan dan buta mata dalam melihat hasrat rakyat yang berkumpul itu,

bantah TPPA5“maka mereka hendaklah ditolak daripada tampuk pemerintahan dalam PRU yang akan datang,”jelasnya ketia ditemui di lokasi Himpunan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta para peserta yang ‘turun’menyertai Himpunan tersebut.

“saya juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur ‘Bantah TPPA’ dan para peserta khususnya dari negeri Terengganu,

“tahniah dan syabas kerana berani ‘berdepan’ dan menjadi saksi bahawa anda (semua) tidak rela negara ini di jajah buat kali kedua,”ujarnya.