Tahniah Rakyat, Himpunan TURUN Berjaya.

1350

Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat sambutan Tahun baru 2014. Tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam ini.

Himpunan pada malam ini, menyaksikan, hampir 50 ribu rakyat turun secara aman menandakan rakyat Malaysia benar-benar terbeban dengan kos sara hidup hari ini.

turunHimpunan ini juga diakhiri dengan lagu negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014, sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan Negara, sekaligis menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan.

TURUN juga menafikan keterlibatan dalam sebarang tindakan provokasi serta usaha yang mengganggu sambutan tahun baru malam ini. Bahkan, kita turut sama mengecam usaha-usaha yang dilakukan kearah tersebut.

Himpunan TURUN pada malam ini hanyalah sebagai pemula kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar. Ucapan terima kasih juga kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam ini berlangsung dengan aman.

Tahniah buat rakyat Malaysia.

Muhamad Azan Safar
Pengerusi TURUN
azansafar@gmail.com