Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Tahniah Kontraktor

http://buletinonline.net/images/stories/aberita24/kontraktor.jpg

Seperti apa yang diutarakan oleh Yang Dipertua PKMMT, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang menyatakan pihak PKMMT ada menerima rungutan mengenai kebanjiran kontrakter-kontrakter luar yang lebih diberi peluang, malah mereka juga datang dengan pakej sendiri yang tidak sedikit pun memberi manfaat bukan sahaja kepada kontrekter tempatan tetapi juga masyarakat tempatan termasuk pembekal.

Nasib kontrekter-kontrekter Melayu Terengganu memang tidak berubah. Mereka dipinggir dari segi pembahagian projek-projek kecil dan sederhana. Lihat sahaja di Daerah Kemaman boleh dikatakan kesemua projek-projek diberi kepada kontrekter bukan bumiputera yang esklusif yang ada hubung kait yang rapat dengan Menteri Besar Terengganu. Sebagai contoh kawasan tambun tanah dihadapan projek gagal Giant diberi kepada kroni Menteri Besar. Saya ada nama dan alamat kroni ini untuk diumumkan jika perlu. Projek-projek ini juga diberi terus tanpa dibuat tawaran (tender).

Saya ingin mengesyorkan kepada Persatuan Kontrekter Melayu Terengganu ini “memberanikan diri” menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri agar masalah di atas boleh diselesaikan untuk faedah mereka yang begitu lama dipinggir dan dianak tirikan oleh Kerajaan Terengganu dibawah Dato’ Ahmad Said.

Terengganu memang kaya dari hasil minyak tapi rakyat miskin sokmo.

TENGKU SRI PADUKA RAJA
(Tengku Ibrahim Ismail)

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan