Tahniah DiUcapkan Kepada Ning Baizura!!

713
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/ning%20arak.jpg

Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak. Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.

Hadis Rasulullah SAW : “Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya”.

DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak. Para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam. Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP