Sekalung tahniah diucapkan kepada jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang di atas pencapaian pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016.
Menempatkan diri tempat ke-3 terbaik dunia serta lebih-lebih lagi beliau satu-satunya pemenang dari benua Asia sudah cukup membanggakan kami rakyat Terengganu.
Di sebalik kejayaan tersebut, terselit kisah kesusahan “Pocket Rocket Man” untuk mendapatkan tajaan sebuah Roadbike dari Kerajaan negeri Terengganu. Walaupun Menteri Besar Terengganu, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman telah menyatakan yang beliau tidak mengetahui akan permohonan tersebut. Di sini ingin kami tekankan agar perlunya Kerajaan negeri lebih fokus dan memberi penekanan kepada sukan-sukan yang berprestasi tinggi seperti lumba basikal. Bukan sahaja hanya tertumpu kepada peruntukan berjuta-juta pada sukan bola sepak negeri. Adalah amat memalukan seorang atlet yang bertaraf dunia dan olimpik seperti Azizulhasni Awang dan Fateha Mustapha ini tidak mendapat perhatian daripada pihak kerajaan negeri.
Akhir kata semoga ini menjadi satu titik bagi kejayaan sukan lumba basikal pada masa-masa akan datang. One day, we’ll be telling our children about this man. Congratulations!!!
Sekian, Terima Kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
Yang benar,
Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
DACS Terengganu.



























