Oleh : Rohayati Ripin (RR)
BESUT – Walaupun masih belum mencapai kemenangan namun muslimat PAS Kawasan Besut bersyukur dapat mengurangkan undi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 yang lalu.
Ketuanya Hajah Napisah Ismail berkata, PAS berjaya menang satu kerusi di DUN N02 Kota Putera dan dapat mengurangkan majoriti di DUN lain.
Katanya terutama sekali di DUN Kuala Besut yang dahulunya banyak tapi sekarang kalah 143 undi sahaja.
“Kita nampak dari sudut pimpinan dan ahli-ahli serta penyokong menunjukkan prestasi yang baik,
“dan komitmen kerja bersungguh baik muslimin, muslimat dan pemuda serta Ameerah semua bekerja memberi kerjasama dengan kita,
“serta penyokong kita yang kuat PAS tapi mereka tidak dapat bersama dengan kita di barisan hadapan bersama – sama dibelakang tabir contohnya mereka memberi sumbangan dari sudut idea kewangan,” ujarnya.


Katanya, semua peringkat pada PRU ke -14 baru-baru ini memberi sumbangan tenaga kerja dan prestasi petugas parti yang baik sehingga PAS mencapai kemenangan.
“Harapan kita…. harapan rakyat maknanya harapan semua sekali nak tengok satu hari nanti PAS dapat menjayakan semua manifesto yang telah janjikan pada rakyat.
“Sebab manifesto yang kita rasa terbaik sekali…. manifesto yang mempunyai kebajikan dan mengutamakan kabajikan kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya,PAS dapat mengembalikan kepimpinan Ulamak di negeri Terengganu apabila PAS dapat mentadbir Negeri Terengganu.
Turut memeriahkan majlis jamuan tersebut adaah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Husain Awang, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan,Industri Mikro dan Hal Ehwal penjaja Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.



























