Syoknya Ramadhan!!!

1242

MARANG – Waris Jatidiri Remaja Islam (WAJA) dan Ameerah DUN Bukit Payung mengambil pendekatan yang menarik dengan mengetengahkan ‘syoknya Ramadhan al-Mubarak’ kepada remaja di sekitar pekan ini

Pengarah Program Kem Mesra Ramadan (KEMESRA 4.0) Ustaz Luqman Daud berkata, penganjuran kem itu mendapat kerjasama daripada Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payung

IMG-20160611-WA0031Katanya, Kem ini diadakan saban tahun di mana pada tahun ini masuk kali keempat ia diadakan, telah disertai hampir 100 peserta yang terdiri daripada remaja berumur 10-15 tahun.

“Kem ini cukup unik, berbeza dengan kem-kem yang lain. Kami sengaja mengadakan kem ini pada bulan Ramadan bagi memberi peluang peserta merasai sendiri roh ramadan sepanjang kem.

“Dengan sambutan yang baik daripada ibu bapa merancakkan lagi semangat kami dalam penganjuran kem ini mendatang” katanya yang juga merupakan Ketua WAJA DUN Bukit Payung.

Tambahnya lagi, “Kami menggunakan pendekatan dari hati ke hati dan mesra peserta sebagai tarikan minat buat mereka dalam usaha melahir remaja soleh melalui penghayatan Ramadan.”

Kem yang berlangsung di Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Kedai Buluh, selama dua hari satu malam ini juga mendapat sambutan yang baik dalam kalangan para peserta itu sendiri.

IMG-20160611-WA0032Salah seorang peserta ketika ditemui berkata, beliau mendapat ilmu terutama sunah nabi Muhammad sepanjang Ramadhan.

“Terlalu banyak yang saya dapat melalui kem ini baik dari segi ilmunya dan amalannya. Paling saya tertarik ilmu tentang sunnah-sunnah yang nabi buat semasa bulan Ramadan. Mudah-mudahan Allah berikan saya kekuatan untuk hidupkannya juga. Doakan.

“Istimewanya kem Ramadan ini juga adalah cara penyampaian atau cara perlaksanaan aktiviti yang dijalankan ada mesej yang hendak disampaikan dan ia disampaikan dengan cara yang seronok dan menarik,”luah Nurul Shafiqah Mohd So’od, 15.

Adik Shafiqah yang juga dianugerahkan sebagai Peserta Terbaik Kem kategori perempuan menyatakan harapan beliau semoga kem sebegini dapat lagi dianjurkan bagi melahirkan muda mudi Islam yang faham akan Islam hasil dari acuan Islam iti sendiri.

Sementara itu, majlis perasmian penutup kem ini disempurnakan oleh Ustaz Sulaiaman Sulong, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.

IMG-20160611-WA0034Dalam ucapan beliau memesan kepada peserta bahawa ilmu yang diperoleh dari kem ini datang daripada Allah SWT dan beliau menyeru pentingnya untuk berkongsi ilmu tersebut kepada orang lain walaupun satu ayat.

“Adik-adik yang ada banyak ilmu kita berkongsi banyak, ada sedikit kita berkonsi sedikit. Sebagaimana pesan nabi sampaikan walaupun satu ayat. Jadi adik-adik yang datang hari ini pastinya banyak ayat yang peroleh.

“Ustaz menyeru agar sampaikan ilmu yang ada ke masyarakat luar yang lain. Maka kita telah sampaikn apa yang disaran oleh nabi s.a.w, yakni kita menghayati Ramadhan ini bukan sekadar ibadat berpuasa tetapi ibadat-ibadat lain seperti membaca Al-Quran, memahami makna Al-Quran, beramal dengan ayat Al-Quran dan amar makruf serta nahi mungkar yang lain,”ujar beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan ibu bapa atas kejayaan kem ini.

“Kejayaan penganjuran kem ini memberi satu lagi penanda aras yang tersendiri bagi pihak pemuda PAS umumnya yang saban tahun menyajikan juadah rohani kepada remaja di sekitar Marang” ucapnya.

Sebahagian daripada ibu bapa peserta turut hadir dalam majlis perasmian tersebut.