

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sehingga hari ini, PAS sudah banyak bekerjasama dalam isu-isu antarabangsa dan isu-isu nasional.
Antaranya, kata beliau ialah, perkara yang tidak bercanggah dengan dasar dan konsep PAS seperti isu-isu yang berkaitan dengan keamanan dunia, isu nuklear, isu Bosnia, isu Myanmar dan banyak lagi.
“berkaitan dengan keamanan dunia, isu nuklear, isu Bosnia, isu Myanmar, itu kita bekerjasama sama, bahkan kita menghadiri persidangan antarabangsa sama dengan kerajaan dalam isu-isu ini,
“di peringkat nasional contohnya isu-isu dadah, gejala jenayah, isu-isu yang berkait dengan kemiskinan dan PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara,”ujarnya dalam satu siding media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Rabu 7 Disember.
DUN Terengganu sedang bersidang masuk hari ketiga, yang dijangka tamat pada esok, Khamis 8 Disember. (Gambar – Presiden PAS ketika berucap dalam sidang DUN Terengganu semalam 7 Disember)
Menurutnya, antara ‘bekas tangan’ PAS menangani masalah kemiskinan membawa kepada penubuhan Amanah Ikhtiar, yang telah dikemukakan oleh wakil-wakil PAS dalam persidangan terbabit.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undanga Negeri Rhu Rendang dan anggota Parlimen Marang berkata, wakil-wakil rakyat PAS juga terlibat dalam Jawatankuasa Terpilih Parlimen (select committee).
>>kembali untuk berita lanjut>>>



























