‘Street Dakwah’ Rhu Sepuluh; Ameerah dan Pemuda Setiu Berganding Bahu

1093

SETIU – Statistik kelahiran anak luar nikah paling ramai yang jatuh pada bulan november setiap tahun di seluruh dunia termasuk Malaysia membawa pengertian bahawa kepercayaan karut ‘Valentine Day’ yang di sambut pada setiap 14 Februari adalah antara punca utamanya.

IMG_20160213_234747Ketua Ameerah Setiu, Rosmawati Hanafi berkata, bagi memberikan kesedaran kepada umat Islam khususnya golongan remaja, pihaknya mengambil langkah menegenai hari tersebut.

“Hari ini kita telah mengedarkan risalah betapa bahayanya menyambut Valentine Day yang akan tiba khusus pada remaja dan anak muda yang mengunjungi pantai ini di sisi agama”

“kita juga mengharapkan agar semua golongan terutama remaja tidak terikut-ikut dengan budaya barat sekaligus dapat mencegah dari gejala anak luar nikah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menyebarkan di Pantai Rhu Sepuluh dalam program ‘Street Dakwah’ pada Jumaat 12 Februari.

IMG_20160213_234841Beliau bersama 25 orang Ahli Jawatankuasanya berganding bahu bersama anggota Pemuda PAS Setiu menjayakan program tersebut.

Katanya, program itu adalah usaha kecil beliau melaksanakan ‘amar makruf nahi mungkar’ serta meningkatkan kesedaran masyarakat dan kefahaman tentang Islam dan PAS.

Turut memeriahkan ‘Street Dakwah’ persembahan nasyid dua orang anggota kumpulan Sidrain.

Pengunjung juga di hidangkan dengan permaianan memanah dan sepak bola gol kecil, ‘dart’ serta kehadiran ‘badut’ menceriakan lagi suasana program yang berlangsung selama dua jam, yang berakhir pukul tujuh petang.