‘Strawberry Park’; Wang Rakyat RM27 Juta Dibazirkan Kerajaan Umno

31011

KEMAMAN – Pelaburan wang rakyat sebanyak RM27 juta membeli membeli ‘Strawberry Park Resort’ pada lapan tahun yang lalu bukan sahaja tidak membawa pulangan, bahkan sudah menjadi pembaziran dan sia-sia.

Tapak pusat percutian yang terletak Teluk Senajang, Mukim Kijal, sehingga kini, tidak diuruskan dan masih terbiar serta ditumbuhi semak samun.

Pengarah Majlis Tindakan Dewn Undangan Negeri (MTD) Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, wang Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), satu tabung khusus untuk masa hadapan anak-anak negeri, menjadi sia-sia.

“Ini adalah satu pembaziran yang sangat ketara……..ke mana perginya duit rakyat (tabung amanah) RM 27 juta,

“Dulu kawasan ini meriah dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan tetapi lihat pada hari ini apa yang berlaku,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau premis tersebut, yang pernah didakwa oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), akan djadikan sebuah Institut Jantung bagi negeri Terengganu.

Menurutnya, Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said berkata demikan pada 5 Januari 2010.

”Agensi Bernama melaporkan Ahmad Said berkata, kerja-kerja mengubahsuai akan dijalankan segera,

Ustaz Hazri Jusoh

“agensi berita yang sama pada 10 Julai, 2010 turut melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun 2011 sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan selesai,” ujarnya pada Rabu 7 Mac.

Ia jelas kini, kata beliau, satu demi satu projek melibatkan jutaan duit rakyat dibazirkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu,

”sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang mana banyak lagi rumah yang bocor dan (rakyat) tiada tempat kediaman.

“Tetapi kerajaan Umno BN melaburkan duit berpuluh-puluh juta untuk projek yang membazir akibat tidak amanah dalam pengurusan dan pentadbiran,” jelasnya.

Bangunan resort itu, kata beliau, dahulunya disewa oleh pengunjung-pengunjung dan pelancong-pelancong tempatan dan luar negeri,

“Dan hari ini cuba kita lihat duit rakyat yang dibazirkan oleh Umno BN… nak masuk pun rasa takut,”ujar beliau.

Oleh itu, Ketua Penerangan PAS Kemaman itu menggesa agar Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi penjelasan kepada rakyat tentang kedudukan perkara tersebut.

”MB (Ahmad Razif) berkata, ‘Terengganu Molek Doh’…..jadi kita mahu beliau jelaskan (kepada rakyat) apakah peranan dan perancangan seterusnya daripada pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan ini.

“Mungkin pada pihak kerajaan Umno-BN berasa kecil tapi kami (rakyat) amat terasa terlalu besar RM 27 juta itu duit kita (semua),

“Ini duit kami……ini hak kami…..kami tak reda, kami tak rela…….pembaziran seumpama ini dilakukan oleh pemerintah pada hari ini,”tegas beliau lagi.