KUALA NERUS, – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukan sekadar institusi pendidikan awal yang mengajar kanak-kanak membaca, menulis dan mengira, malah berperanan penting membentuk keperibadian, adab serta keyakinan diri sejak usia muda.
Bendahari PAS Kawasan Kuala Nerus YB. Ni LSr. Haji Zaharudin Zahid berkata, pendidikan awal perlu diberikan penekanan bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi turut merangkumi pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
“kejayaan produk pendidikan PASTI yang turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa membuktikan keupayaan institusi berkenaan dalam menyediakan pendidikan berkualiti serta melahirkan generasi berpotensi.” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Kuala Nerus 2026, pada Sabtu 28 November dekat sini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua kanak-kanak yang menerima anugerah atas pencapaian masing-masing.
“Saya juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan, selain mengiktiraf pengorbanan guru-guru yang mencurahkan ilmu, tenaga dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak.” tambah beliau
Justeru, beliau berharap anak-anak PASTI terus membesar dengan ilmu pengetahuan dan akhlak terpuji, sekali gus menjadi generasi soleh dan solehah yang mampu memberikan sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara.











