Terengganu, Malaysia

PAS Yakin Muafakat PN-BN Mampu Bertahan

Kerjasama Dengan Umno Diperkukuh Hadapi PRU16

KUALA TERENGGANU – PAS yakin kerjasama di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mampu bertahan berdasarkan pengalaman kerjasama politik sebelum ini.

Presidennya Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan, keyakinan terhadap kerjasama itu bukan sekadar harapan, sebaliknya perlu diterjemahkan dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak.

Mengulas tentang kemungkinan berlaku pembahagian kerusi di empat negeri SG4, beliau berpandangan bahawa perkara itu tidak akan menimbulkan masalah.

“sekiranya dilaksanakan melalui persefahaman dan kerjasama yang baik,

“Insya-Allah tak ada masalah. Orang PAS kerja kawasan UMNO bertanding, UMNO kerja kawasan PAS bertanding. Ataupun bincang,” katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, katanya, PN meraih sokongan daripada golongan bukan Islam yang berasa kurang selesa dengan DAP, yang disifatkannya sebagai ekstrem.

Oleh itu, beliau turut yakin kerjasama PN-BN dapat mengalahkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan merujuk kepada keputusan pilihan raya negeri yang berlangsung baru-baru ini.

“Insya-Allah, kita mampu mengalahkan PH. Lihatlah keputusan Pilihan Raya Umum 2022 (PRU15), serta keputusan di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.

“Ini adalah petanda yang baik. Ia bermakna golongan bukan Islam pun tidak lagi menyokong DAP. Mereka tidak bersetuju dengan ekstremisme, seperti yang diamalkan oleh DAP,” katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.

Justeru, beliau menyeru takyat menilai sendiri pentadbiran lima negeri yang diperintah PAS dan PN bagi melihat sama ada kerajaan negeri berkenaan benar-benar mengamalkan pendekatan ekstrem seperti yang didakwa sesetengah pihak.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan