Strawberry Park’ Bakal Dibangunkan Semula

131

KEMAMAN – Kemaman pusat pelancongan Strawberry Park yang dibeli oleh kerajaan lalu dengan nilai RM27 dan telah lama terbiar, akan dimajukan semula.

Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, pihak pelabur berminat untuk memajukan semula kawasan di Teluk Senajang di Kijal itu kembali menjadi sebuah ‘resort’.

“kita bawa seorang pelabur, kita mungkin akan membangunkan semula, kawasan itu tu memang tak boleh buat benda dah,

“bangunan pun hampir hancur, ” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 untuk penduduk yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam dan Perkampungan Orang Asli Sungai Putih, semalam.

Katanya, satu permohonan akan diangkat kepada Terengganu Incoperated (TI) untuk membina semula kawasan tersebut sebagai sebuah pusat percutian.

“pelabur memang berminat untuk membuka resort, saya tak pasti tentang perjanjian atau penyewaan premis itu kepada pihak lain,

“tapi kerajaan kini bersetuju untuk membangunkan semula,” jelas beliau.

Pusat peranginan di tepi laut China Selatan itu pernah menjadi isu apabila bekas Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dilaporkan berkata, kerajaan negeri telah membeli ‘resort’ tersebut dan mendakwa untuk dijadikan institut jantung.

Media melaporkan pada 10 Julai, 2010, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun 2011 sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan pusat peranginan itu di Teluk Senajang selesai.

Sebaliknya, premis yang sebenarnya telah dibeli sejak November 2009 itu telah menjadi ‘liabiliti’ dan pembaziran kepada wang rakyat yang berjumlah puluhan juta ringgit.