Solat maghrib sebelum tengok bola!

821

Tahniah kepada semua pemain dan pihak pengurusan yang telah berjaya memasuki perlawanan akhir piala FA menentang Kelantan. Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan Negeri Terengganu untuk mendapatkan kembali piala FA ke bumi Terengganu.

Kepada semua pemain bermainlah bersungguh-sungguh, berdoa dan seterusnya berusaha bagi memastikan perlawanan dapat dilalui dengan tenang dan bersemangat. Jangan mengambil rasuah kami akan menentang dan memboikot sekiranya ada pemain dan pihak pengurusan yang mengambil rasuah bagi menghadapi perlawanan ini. 

Pesanan dari kami semoga semua penonton menjaga etika sepanjang perlawanan seperti tidak membaling mercun dan bergaduh kerana pasukan lawan adalah jiran tetangga juga seterusnya memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan. DPPKM juga menegaskan agar semua penyokong menyempurnakan solat maghrib terlebih dahulu sebelum memasuki stadium untuk menonton perlawanan.

DPPKM juga mengarahkan semua Pemuda setiap DUN mengadakan tayangan skrin besar kepada penyokong yang tidak berkesempatan ke bukit jalil, semoga semangat di bumi Terengganu mengalir ke Bukit Jalil.

Kepada semua penyokong juga selamat pergi dan balik, berhati-hati di jalanraya semoga pasukan Terengganu akan mengecapi Piala FA kali ini.
Takbir…

Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang.