Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Selain dari wabak denggi menular, yang telah mengorbankan 8 jiwa seawallbulan Januari tahun ini, beberapa orang pemimpin dan ahli PAS kini sedang dirawat di hospital kerana masalah kesihatan.
Justeru itu, Lajnah kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu telah mengadakan munajat dan solat hajat serta membaca surah Yaasin bagi memohon kepada Allah agar memeliharakan kesihatan rakyat Terengganu dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang diuji oleh Allah.
“ikhtiar kita untuk memohon kesembuhan semua orang yang kita sayang dan memelihara kesihatan di sekeliling kita dengan memohon pertolongan daripada Allah,


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program tersebut yang diadakan di Kampung Durian Burung dekat sini, semalam Ahad 31 Januari.
Beliau turut menyeru agar ahli dan penyokong PAS khususnya dikalangan Muslimat agar turut mendoakan rakyat negeri Terengganu sentiasa mendapat pemeliharaan dari Allah.
Seramai 32 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Muslimat negeri dan Lujnah Kebajikan negeri telah menghadiri program bermula pada 9 pagi itu.
Tuan Roslina turut menyeru agar Muslimat dan ahli serta penyokong PAS melaksanakan aktiviti yang sihat, bersenam seperti melakukan ‘jogging’ dan sebagainya.
Beliau juga meminta agar dilaksanakan gotong royong di peringkat Muslimat kawasan atau di peringkat DUN bagi menjaga kebersiahan dan memerangi Aedes yang menyebabkan penyakit demam denggi.





























